Saturday, 25 August 2012

SELAMAT TINGGAL SAHABAT JANNATI!!


SELAMAT TINGAL SAHABAT!!!



Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni seorang sahabat
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori yang tersemat kemas olehku
Jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji
Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukannya

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui bersama
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Apa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa?     Mengapa?
Jangan pergi jangan pergi oh sayangku…
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu, sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
  
Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal wahai teman………..

Hasil nukilan ikhlas:
Nur atiqah fatinah bt anuar amri











salam ukhuwah yang terakhir


Salam perpisahan…

Masihku ingat lagi
Memori yang berlalu
Di awal perkenalan kita
Di daerah ini.

Lidahku kelu membisu
Hanya senyuman yang tersimpul
Namun bagiku sukarnya
Untuk meluahkan kata-kata
Mengharapkan hulur salam kemesraan
Ratapan naluri.
Hari-hari berlalu
Kemesraan menguntum
Terisip tiap waktu
Cerita suka dan duka.

Tiap kata terucap
Pasti diiringi senyum yang terukir
Menyusul gelak tawa
Dan gurauan kebahagiaan.

Dalam meraba hari esokku
Suara sayumu hilang dengan begitu
Sang bayu bertiup lembut di wajahmu
Di jendela hatiku terpahat sebuah memori syahdu.

Pasti rindu terasa
Bila berjauhan denganmu
Bertapa sucinya
sesebuah ikatan.

Saat-saat indah bilakan kembali
Pasti bersemadi tertulis di hati
Manisnya kenangan menjanji memori
Miliku abadi hingga akhir nanti.

Air mata setenang benar di raut wajahku
Kehibaan yang tidak di undang datang mendayu
Namun ku tahu ini semua bukan permintaanmu
Perpisahan ini ku rela walau pilu rasa hatiku.

Sungguh pilu ku rasa
Tiba saat berpisah denganmu guru
Air mata berlinangan hati sebak tak tertahan
Di akhir pertemuan adanya perpisahan
Namun tiada berdaya untukku menghalangnya
Ku hulurkan tangan ini sebagai tanda
SALAM PERPISAHAN…

Saturday, 9 June 2012

golongan yang masuk syurga kelak!!!

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada
waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut
diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin
Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka
Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari
kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki
neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan
memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah
seperti berikut:-
 

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
 

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
 

3.Mereka yang perutnya besar sepertiunung dan dipenuhi dengan ular dan
kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan
mengeluarkan zakat.
 

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.
 

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka
yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas
penipuan.
 

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau
perbuatan jahat.
 

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah
dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu
menyaksikan kebenaran.
 

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang
berzina serta mati sebelum bertaubat.
 

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini
balasan mereka yang memakan harta anak yatim
secara zalim.
 

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan
kedua ibu bapanya.
 

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya
keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
 

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang
beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu
dan mati dalam keadaan bertaubat."

kenangan bersamamu.... frenz...

                            4 gadis melayu

hye along n linda 2  dok usha spa???? :P
 
                 7 org sume + yg tangkp pic 2...
 
 
                     syafatin n eyshah

     
                               hahahahaha

                                                                     peace!!!














                              along n eshah
linda, ecah n along












                                 senyum!!!
sya n ecah













                           linda n dekna...

kawan frenz


kawan....
banggakah kamu dengan jet peribadi
sedangkan masih ada orang yang mencari
harta buang sekarung guni...
kawan...
riakkah kamu dengan ujian Allah
tatkala ada insan yang masih gah menoreh getah
lantaran menampung hidup buat sejengkal dua....
kawan...
sombongkah kamu dengan kejayaan
kerna masih ada tulang empat kerat yang meronta
diminta dibasmi kemiskinannya
kawan...
mana peribadi mulia mu
usah kau takut dan usah kau malu
tunjukkan nilai murni mu
atas nama kalimah Allah dan Rasullah
kerna masih ramai lagi yang bermandi perigi
bercahaya pelita, berdapur kayu api....

from heart!!!


SEMANGAT RAKYAT ISLAM

Membangun dengan semangat yang keatas,
Menepis peluru dengan gaya yang lincah,
dengan iringan nada yang bergema
menyebut seruan takbir dan tasbih.

Mohd Firdaus seoarang yang tidak pernah mengenal
Erti kegagalan dan keruntuhan.
Rakyat Palestin diancam dengan kejam yang durjana
Tanpa mengenal erti penat lelah.

Fikiran yang dijajah adalah factor yang membawa
Kepada keruntukan akhlak dan jejasin minda
Tanpa belaian adanya kezaliman yang menanggung.

Wahai zeionis, pulanglah ke Negara kamu,
Buangkanlah sifat hasat dengki mendengki,
Kamu akan sengsara apabila kamu senang kemudian
Hidup dengan penuh kesengsaraan.

Bangunlah wahai umat islam yang bertakwa,
Taat kepada Allah dan rasulNya.
Janganlah kamu menduakan Allah dan ikut
Perintah dengan aman dan khusuk.

BANGUNLAH UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH S.W.T

Friday, 8 June 2012

wanita


gerbang perkahwinan.

Kau wanita,
Kau dicipta daripada rusuk Adam,
Adalah untuk membantu kaun adam,
Tanpa wanita hidup ini tidak aman.
 
Wanita,
Kau insan yang tabah
Mengarungi segala cabaran samada di dunia atau diakhirat
Kau melaluinya tanpa ada rungutan dan rintihan..

Kau adalah wanita pujaan,
Setiap wanita diberi kebolehan untuk berpegang kepada sesuatu
Wanita diberi anugerah yang tidak ternilai…
Malah wanita ini sehebat supermak…

Wanita,
Kau boleh menjaga berpuluh-puluh insan
Dan kau boleh membahagiakan seorang lelaki yang bergelar suami
Tanpa ada rungutan dan paksaa.
Itulah menunjukkan kasih dan saying seorang wanita…

Wanita,
kau bukan dicipta daripada kepala,
kau bukan untuk dijunjung,
kau juga bukannya dicipta daripada kaki,
dan kau juga bukan untuk disepak terajang
tetapi kau dicipta daripda rusuk lelaki
adalah untuk membantu suami dan membahagiakannya.

Itulah pengorbanan seorang wanita.
Tanpa kehadiran wanita,
Tidak penyeri dengan kehadiran cahaya mata
Yang mana wanita sanggup untuk membawanya ke mana saja…