Saturday, 25 August 2012

SELAMAT TINGGAL SAHABAT JANNATI!!


SELAMAT TINGAL SAHABAT!!!



Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni seorang sahabat
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori yang tersemat kemas olehku
Jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji
Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukannya

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui bersama
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Apa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa?     Mengapa?
Jangan pergi jangan pergi oh sayangku…
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu, sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
  
Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal wahai teman………..

Hasil nukilan ikhlas:
Nur atiqah fatinah bt anuar amri











salam ukhuwah yang terakhir


Salam perpisahan…

Masihku ingat lagi
Memori yang berlalu
Di awal perkenalan kita
Di daerah ini.

Lidahku kelu membisu
Hanya senyuman yang tersimpul
Namun bagiku sukarnya
Untuk meluahkan kata-kata
Mengharapkan hulur salam kemesraan
Ratapan naluri.
Hari-hari berlalu
Kemesraan menguntum
Terisip tiap waktu
Cerita suka dan duka.

Tiap kata terucap
Pasti diiringi senyum yang terukir
Menyusul gelak tawa
Dan gurauan kebahagiaan.

Dalam meraba hari esokku
Suara sayumu hilang dengan begitu
Sang bayu bertiup lembut di wajahmu
Di jendela hatiku terpahat sebuah memori syahdu.

Pasti rindu terasa
Bila berjauhan denganmu
Bertapa sucinya
sesebuah ikatan.

Saat-saat indah bilakan kembali
Pasti bersemadi tertulis di hati
Manisnya kenangan menjanji memori
Miliku abadi hingga akhir nanti.

Air mata setenang benar di raut wajahku
Kehibaan yang tidak di undang datang mendayu
Namun ku tahu ini semua bukan permintaanmu
Perpisahan ini ku rela walau pilu rasa hatiku.

Sungguh pilu ku rasa
Tiba saat berpisah denganmu guru
Air mata berlinangan hati sebak tak tertahan
Di akhir pertemuan adanya perpisahan
Namun tiada berdaya untukku menghalangnya
Ku hulurkan tangan ini sebagai tanda
SALAM PERPISAHAN…